TEMPAT MENARIK DI KUALA KANGSAR BILA DAH KE DINA HOMESTAY KUALA KANGSAR

TEMPAT MENARIK DI KUALA KANGSAR

Dah lepak kat Dina Homestay Kuala Kangsar ni tak seronok pulak kalau saya tak cerita tempat menarik kat sini. Antara tempat yang ada kat Kuala Kangsar ni:


       Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.



 Istana Iskandariah merupakan Istana rasmi kepada Raja-Raja Pemerintah negeri Perak Darul Ridzuan selepas pembinaannya siap pada tahun 1933. Terletak di Bukit Chandan,Kuala Kangsar, Istana Iskandariah menjadi mercu tanda bagi sistem Raja Berpelembagaan dan Kesultanan Negeri Perak. Istana ini juga terletak di tebing Sungai Perak. Istana ini mula dibina pada tahun 1930 di atas bukit yang bernama Changkat Negara. 

Reka bentuknya memperlihatkan corak senibina yang menarik dan cukup istimewa. Motif gerbang tajam atau "pointed arch" dan juga hiasan menara serta kubah yang berbentuk bawang atau "onion shapes dome" memberi penjelasan mengenai pengaruh senibina Islam India "Saracenic" yang diadun dengan senibina corak Asia barat. Terletak di atas keluasan 10435 meter persegi bangunan ibunya berbentuk bujur segi empat atau bujur sangkar. Pada tahun 1984 Istana Iskandariah telah diperbesarkan dengan bangunan seluas 11468 meter persegi. Bangunan baru ini disambungkan ke bangunan utama istana dengan jambatan yang dibina di tingkat satu istana. Secara keseluruhan Istana Iskandariah adalah bangunan 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai fungsi yang berlainan.



 Di tingkat atas terletaknya Balairung Seri dan Singgahsana. Hiasan di pintu Balairung Seri  berasaskan sekuntum bunga kelumpang. Hiasan tiang direka corak memberi pengertian seorang pemerintah yang menjadi payung kepada rakyat. Istana ini dinamakan Iskandariah bersempena nama Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah yang mengarahkan pembinaan Istana ini. 




Istana Iskandariah dibina menghadap arah matahari terbit dan pandangannya mengjangkaui ke arah Sungai Perak. Pada tingkat bawah bangunan istana terdapat beberapa ruang khas yang mempunyai fungsi tertentu seperti Bilik Mengadap, Bilik Jamuan Negeri, Bilik Makan, Bilik Pejabat Juruiring dan lain-lain lagi. Di samping itu terdapat juga dua ruang besar yang dijadikan sebagai Dewan Negara dan Dewan Muzik. Pada tingkat pertama istana terdapat ruang rehat untuk putera dan puteri Sultan, ruang mainan dan bilik peraduan. Untuk naik ke tingkat atas , terdapat tangga dan juga lif. Tingkat atas istana merupakan tingkat terpenting sekali kerana terletaknya Balairung Seri, Singgahsana, dan Balai Nobat. 


Dah tidor semalam di DINA HOMESTAY KUALA KANGSAR rugi la kalau tak melihat keindahan istana ini. kat tepi Istana Iskandariah ni pulak tetletaknya Istana Kuning gambar kat bawah ni
Istana Kuning ni dibina tanpa sebatang paku didalamnya...... jom melawat ke sana bila dah ke DINA HOMESTAY KUALA KANGSAR


 Menara Jam Kuala Kangsar ini telah siap dibina pada tahun 1939 menggunakan dana kerajaan negeri Perak dan sumbangan rakyat Kuala Kangsar sebagai satu peringatan sambutan pertabalan King George VI di England namun ianya di ubah kepada menara jam sambutan kemerdekaan negara Malaysia mulai 31 Ogos 1957. Menara indah ditengah Bulatan Bandar ini kini menjadi simbol kebanggaan pembebasan negara ini dari penjajah.

ANTARA LAIN

JAMBATAN ISKANDAR


MASJID KUALA DAL


JAMBATAN KERETAPI VICTORIA (KARAI)

Comments

Popular posts from this blog